Thursday 9 June 2011

Kenapa Emas?

.. Dipetik dari blog syeikhulmaqari.



PERTAMA: KITA MENGAJAK DAN MENDAKWAH UMAT ISLAM MELINDUNGI KEWANGAN DAN KEKAYAAN MEREKA.
Duit kertas yang kita simpan bila-bila masa boleh susut nilai. Krisis kewangan yang pernah melanda negara kita satu masa dahulu, adakah mustahil berlaku lagi. Kerajaan memaksakan duit kertas, Tetapi kalau duit susut nilai rakyat kena tanggung sendiri.

KEDUA: SISTEM KEWANGAN SEKARANG TIADA KEADILAN.
Projek-projek besar yang dibangunkan melalui dana-dana amanah atau saham awam. Keuntungan yang diberikan sekitar 8% setahun hanya sekadar menampung inflasi yang memamah kuasa beli duit kertas yang kadar biasanya 4% setahun, dan boleh mencapai 6-7%.

KETIGA: BANK-BANK YANG ADA MENAWARKAN PINJAMAN BERKONSEPKAN KEUNTUNGAN BERGANDA.
Bank yang ada gagal melahirkan orang Islam yang kaya. Apa yang berlaku mereka menawarkan pinjaman dan hutang yang besar dan biasanya berakhir pula dengan memufliskan. Mengikut islam memberi pinjam atas dasar “Bertolong-tolong atas perkara kebajikan dan takwa” bukan menjadikannya perniagaan yang sangat laba. Kalau bank menyimpan dinar dan memberikan pinjaman. Bank tidak perlu berorientasikan cas lebihan. Kerana dinar emas dalam simpanan tetap naik nilai sebagaimana dinar emas yang ada tangan peminjam, bila dikembalikan secara beransur tetap nilainya meningkat.

KEEMPAT: MENINGGALKAN HARAM, SYUBHAT DAN TIDAK JELAS BERTUKAR KEPADA YANG HALAL.
Melaburkan wang kita kepada saham-saham yang masih berkait dengan tempat-tempat haram tidak akan menenangkan jiwa kita, kerana “Dosa adalah perkara yang mendatangkan keresahan dan keraguan di dalam jiwa”. Ada pula saham yang banyak melibatkan orang islam yang dikategorikan harus. Ini pun satu yang perlu dilihat semula. “harus tidak semestinya halal”. Kalau kita berada dihutan tiada makanan lain yang boleh kita makan melainkan khinzir, kalau kita tak makan boleh menyebabkan kita mati, maka pada ketika itu “harus” kita makan. Tapi ini tidak bererti khinzir itu halal. Itu pun makan sekadar untuk hidup.

Kalau pengharusan saham-saham harus tersebut kerana maslahat akan datang, bimbang jarak ekonomi umat islam akan jauh dengan bukan islam jika tidak melabur. Kita kena tengok pelaburan yang lain lebih banyak menguntungkan, dan ternyata menyimpan emas adalah satu pelaburan yang lebih menguntungkan dan tiada berisiko. Maksud saya emas fizikal, bukan sekadar nilai.

Friday 27 May 2011

Antara Produk Yang Pakcik Jual..




GOLD BAR 
(10Gram,20Gram,50Gram,100Gram,250Gram)


 GOLD COINS
 


GOLD DINAR COINS
(1 Dinar, 5 Dinar, 10 Dinar)


 SILVER BAR
(1000Kg, 500Kg, 250Kg)

Thursday 26 May 2011

Kenapa??? kenapa???

...

 Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas,
adalah penting bagi anda mengetahui MENGAPA anda perlu menyimpan emas.
Ini kerana, faktor MENGAPA adalah sangat penting untuk diketahui terlebih dahulu.
Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan maka adalah mudah bagi
anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan
kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh
dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah
menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun
sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan
tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa
menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas
maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga
dianggap kaya.

Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan
kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam
jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.



pakcik emas: 017-6611248

Mari la kenal dengan Pakcik nihh...

...


Salam kenal... perghhh... hari ni dapat gak pakcik bukak blog pasal bisnes emas ni. Sebelum ni just blog untuk sosial jer.. pakcik start beli emas dari tahun lepas lagi dan study skit demi skit tentang pelaburan emas ini. Yes... memang pelaburan emas ini menguntungkan kerana anda semua akan 'pegang' emas itu, bukannya hanya tengok angka di bank.

So, buat mula2nya.. Pakcik nak citer pasal Dinar Emas..


Dinar Emas adalah syiling emas 22K atau dikenali juga sebagai emas 916. Dinar Emas dibeli dan disimpan untuk tujuan simpanan/pelaburan. Oleh kerana emas adalah barang komoditi, harga Dinar Emas bergantung kepada harga pasaran emas dunia. Jadi harganya berubah-ubah, naik dan turun. Walau bagaimana pun kenaikan harga emas adalah melebihi dari penurunannya. Oleh itu Dinar Emas adalah disyorkan untuk tujuan pelaburan jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang.

Harga pasaran emas dunia boleh dilihat di: http://www.kitco.com/charts/popup/au24hr3day.html

Harga/statistic emas dari Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Mengikut statistic dari BNM, harga syiling kijang emas (coin 1oz – 31.1gm) pada 19/7/2001 ialah RM1,092.00, manakala pada 13/3/2009 ialah RM3,594.00. Kenaikannya sebanyak RM2,502.00 iaitu sebanyak 229.12% dalam tempuh 8 tahun lebih, hampir 9 tahun. Kenaikannya lebih 25.45% setahun.

Kebaikan Dinar Emas:
1. Ia senang dibawa/disimpan dan boleh digadai/dijual pada bila-bila masa
2. Harga lebih murah berbanding emas 999
3. Sifatnya keras, tidak mudah calar atau bengkok berbanding emas 999

Terdapat beberapa jenis Dinar Emas dipasaran:
1. Dinar Emas Kelantan (KGT)
2. Dinar Emas Public (Public Dinar)
3. Dinar Emas Muslim

Mari kita lihat satu persatu:

Dinar Emas Kelantan:

Dinar Emas Kelantan boleh didapati dalam pelbagai saiz:
½ Dinar (2.1gm)
1 Dinar (4.25gm)
2 Dinar (8.5gm)
5 Dinar (21.25gm)
8 Dinar (34.00gm)

Ketulinan (purity): emas 22K (916%)

Pembelian/Jualan Dinar Emas Kelantan boleh dibuat di: http://www.dinarkel.com/

Anda boleh membeli/memajak/menjual Dinar Emas Kelantan dicawangan Ar-Rahn di Kelantan: http://www.dinarkel.com/wtb.html

Harga semasa Dinar Kelantan: http://islamicmint.com.my/

Cawangan-cawangan lain:
Ar-Rahn Kangar - Tel: 04-976 3525
Ar-Rahn Alor Setar - Tel: 04-735 2831
Ar-Rahn Sg. Petani - Tel: 04-420 0300
Ar-Rahn Kuantan - Tel: 09-513 4345
Ar-Rahn Termerloh - Tel: 09-290 1977
Ar-Rahn Bentong - Tel: 09-220 1414
Ar-Rahn Raub - Tel: 09-350 1310

Cawangan Ar-Rahn Selangor dan Wilayah Persekutuan:
Ar-Rahn Jalan Raja Laut - Tel: 03-26933433
Ar-Rahn Kajang - Tel: 03-87361517
Ar-Rahn Rawang - Tel: 03-60928441

Dinar Emas Public: (Pakcik jual emas dari Syarikat ini..)

Public Dinar/Public Gold atau singkatan dari Public Fine Gold yang beribu pejabat di:

Public Fine Gold International Sdn Bhd
12E-1st Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul,
Penang, Malaysia.
Mr. Branson Saw
Mobile: 019-448 8916
Email: branson@publicgold.com.my
Tel: 04-644 9999
Fax: 04-646 4916

Public Dinar mengeluarkan 3 size Dinar Emas:

1 Dinar – 4.25gm
5 Dinar – 21.25gm
10 Dinar – 42.5gm

Ketulinan (purity): emas 22K (916%). Sijil ketulinan dikeluarkan apabila pembelian dibuat.

Perbezaan harga belian/jualan (spread) diantara 5%-6% - bergantung kepada harga harian. Dapatkan Harga harian disini: http://www.publicdinar.com/

Dinar Emas Muslim (Dinar Muslim)

Dinar Muslim boleh didapati dari web Nubex: http://www.nubex.com.my/v2/

Dinar Emas Muslim terdapat dalam beberapa saiz:
1 Dinar
2 Dinar
8 Dinar

Dinar Emas Muslim juga dikenali sebagai Dinar Emas Dubai.
Harga belian balik(spread) Dinar Emas Muslim sekitar 6%-7% dari harga semasa.
Harga semasa > Nubex

Oleh itu, sapa2 yang berminat nak beli emas (Public Gold @ Public Dinar) dengan pakcik, bolehlah hubungi pakcik sama ada fine gold (999.9) ataupun dinar di talian 017-6611248. Selamat melabur.


...